Pages

Kamis, 11 Februari 2016

Si Sopak, Si Botak dan Si Buta

Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang bani israil. Ketiga-tiga dari mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta.
Malaikat yang menyamar sebagai manusia itu bertanya pada si sopak “ jika Allah hendak kurniakan sesuatu kepadamu, apa yang kamu mau,? “ .si sopak menjawab, “ saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak,” dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikaruniakan rezeki yang banyak.
Kemudian Malaikat bertanya kepada si botak dengan pertanyaan yang sama. Si botak menjawab, “ saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan ganteng dan diberikan harta yang banyak.” Tiba-tiba, dengan karunia Allah si botaak itu kembali berambut dan diberi harta yang banyak.
Selepas itu malaikat bertanya pada si buta dengan pertanyaan yang sama pula. Si buta menjawab, “saya ingin mata saya dapat melihat kembali seperti semula dan diberi harta yang banyak.” Dengan takdir Allah, mata si buta dapat melihat kembali, dan dikaruniakan kekayaan yang melimpah.
Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan Malaikat yang sama untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit uang. Tetapi apa yang terjadi,,? Si sopak itu tidak menghulurkan sedikitpun  bantuan malah dia menghardik malaikat itu. Malaikat berkata, “ saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak dan miskin. Allah telah menolong kamu. “ si sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si sopak yang sombong itu tiba-tiba saja berubah menjadi sopak seperti semula dan berubah menjadi miskin.
Kemudian alaikat berjumpa dengan si botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Ketika malaikat meminta bantuan, si botak juga enggan membantu, dan dia tidak mengaku bahwaw dia dulu  botak. Oleh sebab itu, maka Allah pun menjadikan kepalanya botak seperti semula dan berubah menjadi miskin kembali.
Lalu malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan ketika malaikat meminta bantuan, si buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata,” ini semua harta pemberian Allah. Ambillah semuanya. Mata saya yang dapat melihat ini adalah lebih berharga daripada semua harta ini.” Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahwa dia adalah malaikta yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa diantara mereka bertuga yang bersyukur.
Si buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si sopak dan si botak kekal dengan keadaanny yang semula.

0 komentar:

Posting Komentar